Thursday, July 8, 2010

Al-Fatihah

6. July. 2010 
Khabar berita yang ku terima, perginya seorang insan yang pernah ku sayangi..kini pergi meninggal ku selamanya. Allahyarham Shairazi Basria. Kakaknya memberitahu ku melalui FB, bahawa beliau telah meninggal dunia. Pilu dan hampa hati ku mendengar kematiannya yang dikhabarkan buatku... Kelu lidah ku tidak berkata hanya mampu mendiamkan diri. mungkin aku tidak sempat memohon kemaafan daripadanya. Aku hanya mampu mengucap berbanyak kali dihatiku. Ya Allah, semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan yang Kau kasihi. 

7 July 2010 
Aku, Ibuku dan adik ku yang lain pergi menziarahi keluarga Allahyarham. Hati ku tersentuh dengan pelawaan adik beradik nya yang masih mengingatiku. Dari jauh, aku dipanggil dan dikenali..Aku mengucap syukur di dalam hatiku, kakak dan anak buah nya masih mengingatiku. Ibunya, masih mengingati ku juga. Kedatanganku ke sana disambut baik oleh kesemua ahli keluarga Allahyarham...Aku merasakan baru semalam tapi rupa-rupanya ia berlalu 10 tahun yang lalu. 

Dialah kawan karib ku, kekasih ku, memoriku dan kini ianya milik Allah SWT...
Al-Fatihah Shairazi Basria 

No comments:

Post a Comment